Thursday, January 7, 2010

Pedih Ulu Hati..

Mie x pernah terfikir yg Mie akan mengalami PUH. Mie pernah dngr psl PUH tu tapi x tau apa rasanya bila kena.

Sakitnya tu buat Mie x boleh tidur malam. Dgn Bie skali x boleh lelapkan mata. X boleh nk baring. Asal baring je makin sakit. Jd Mie dok kat sofa sepanjang malam sambil melihat ikan n turtle peliharaan Mie n Bie berenang2.

Lepas Subuh je..Mie n Bie terus je gerak. Mula2 kami singgah lab dulu. Buka lab, sediakan kedatangn studen n labsheet. Pastu Mie amanahkan seorg sahabat utk handle lab semalam.

Lepas tu..kami gerak ke ofis Bie di Kluang. Bie pounch card jap.

Seterusnya..barulah kami ke Johor Maternity Specialist.
Doktor kate tu la namanye pedih ulu hati. X dpt ubat ape pun..cuma Doktor kasi tips supaya perkara tu jgn berulang lagi. Alang2..Mie buat la checkup bby skali.. Aktif betul. kejap die pegang kaki die, kajap die lepaskan. Pastu tangan die kejar alat ultra sound tu. Dokor kate die suka sbb ultra sound tukan ada bunyi.. Sekarang berat bby 1.4kg.. doktor kate normal. maksimum baby 31 minggu ialah 1.5kg. Alahai..peciknye.. hehe..

Berikut Mie senaraikan beberapa tips utk mengelakkan pedih ulu hati utk dikongsi bersama..

1.Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
2.Makan secara perlahan-lahan.
3.Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
4.Elakkan makanan-makanan yang pedas.
5.Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
6.Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
7.Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.
8.Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
9.Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
10.Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
11.Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
12.Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
13.Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
14.Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.

No comments:

Post a Comment