Thursday, December 22, 2011

Bila Iman mengioew..


Dh dua minggu rasanya Mie x update blog. Last week Mie cuti seminggu. Jaga Iman yg x sihat. Cian cayang mummy ni. Mie rasa ni plg lame Iman demam.

Kite berusaha..Allah yg menentukan segalanya..

Iman asyik mengigau masa tido. Mengioew. Ok..lain mcm.. Mie n Bie g juga mintakan air. Solat hajat dan berdoa mmg x berhenti2. Makan seminggu juga Iman nk pulih. Skrng ni bawah mata dia masih nampak cengkung. Hitam. Mie x tau ape nk buat.

Seminggu Iman tido kat lengan Mie. Bila Mie try tarik tangan nk ganti dgn bantal..terus je Iman sedar.."Mummy..dont..". Mcm tu je la. Klu letak dia kat katil sendiri.."mummy..nanak.. kong ya(dukung la).."merayu-rayu smpi Mie @ Bie angkat dia.

Minggu ni..Iman tido balik kat baby cot dia. Tp nk pegang tangan Mie. Jd Mie kena la hulurkan tangan pada dia. Iman genggam sampai tido.

Seb baik Bie dh balik dr Indon. Klu x..tak tau la mcm mane nk hadapi situasi ni sorg2.

First day Iman demam..Iman x mau diletak. Nk dukung je. Bila Mie dh letih..Mie berkeras juga baringkan dia kat baby cot. Alih2 tangan kanan dia membiru. Mcm darah x jln. Cpt2 Mie angkat dia balik. Agaknya dia x nk baring sbb tangan dia sakit kot.

Dh tu dia x nk mkn n minum. Sampai muntah hijau dia ada darah. Sian sngt. Iman kate "mummy..nk kuar..". Ingtkan nk keluar ikut Mie masuk lab..rupanya nk muntah. Something nk kuar dr mulut dia rupanya. Masa tu Mie nk bwk dia g PKU. Singgah lab utk sediakan keperluan lab utk seminggu. Seminggu la Mie cuti jaga Iman.

Lega sngt sumenya dh ok.. Iman semakin petah bila berbicara. Dh boleh buat kawan. Best sngt bila dia kata "Saaaaayg mummy..". Hilang penat2 sume.

p/s - Iman..Mummy n Bak doakan Iman sihat selalu. Begitu juga dgn Cira. Hiba sngt mummy tngk 2 insan kesayang mummy ni sakit. Seminggu Cira seminggu berikutnya Iman pula. Klu boleh mummy x nk dh benda mcm ni terjadi lg. InsyaAllah..

Tuesday, December 6, 2011

Sago Santan

Eh..ape name desert ni ek..? Asalnya mama nk buat sago yg salut kelapa tu. Tp terlembik pulak. Mie bg cadangan..klu mkn dgn santan + gula hangus sedap juga.

So..apa lg..terus la membuat.. Ish..Mie ni mmg fail la bab buat gula hangus ni. Seb baik api dh pdm. klu x..mmg 'gula hagus' betul la. hehe..

First time curah..terus keras gula hangus tu..jd mcm kaca.
Tp cantik kan..? hehe..


Pastu Mie cairkan sikit gula hangusnya..tambah air..
Ha..baru la ok..tp x amik gmbr. Sbb dh penat. Pagi buat Tiramisu..petang desert sago.
Sagonya tu mmg pucat skit sbb mama x suka buh pewarna bnyk2. Tp ok la kan..warna pastel gitew..(^__^)

p/s- hai Mie..sudah2 la tu.. mkn je..wakakaka...!!

Monday, December 5, 2011

Falling in Love with Tiramisu..

Ok..mmg dh lame Mie teringin nk buat Tiramisu ni. Tp punya la payah nk cari ladyfinger tu. Ada sahabat Mie cadangkan guna kek span. Ok juga sbnrnya..tp nk membangkitkan 'kerajinan' membuat kek span tu..aduhai..haha..

Khamis last week g baya kreta..singgah la kedai bahan bakery itew..hah..ada.. haha.. ape lg.. grab la 2 set. 1 set leh 2 kali buat.

Sabtu pagi last week buat la Tiramisunya.. Faatihah bukan main sibuk lg. Dia la yg tolong celup ladyfinger dlm neskupi.

Owh..bahan2 yg kite perlukan ialah..

2 'baris' ladyfinger
1 cawan bancuhan nescafe - Mie tambah gula skit
cream tiramisu
sedikit serbuk cocoa - mcm biasa..Mie guna van houten
sedikit walnut panggang utk hiasan.


Cara buat cream tiramisu Mie amik dr rmh Kak Azlita Masam Manis. Tp Mie olah skit ikut bahan yg ada kat rmh. Senang dan menjadi.

250 cream cheese - Mie guna philadelphia
250 whipping cream - Mie guna jenama Millac Gold
50gm icing sugar.

Cara2nya:
1. Pukul whipping cream hingga kembang n kental.
2. Dlm bekas yg berasingan..pukul cream cheese hingga gebu pastu masukkan icing sugar. Mix sampai cantik.
3.Last step..satukan whipping cream td dgn cream cheese. Mie guna spatula je. Agak2 sebati..ok dah..

Ok..part melapis ni..leh rujuk youtube. Sonang yo..hehe..
Ni Mie tuliskan cara Mie.
1.Celupkan ladyfinger dlm neskupi.N susunkannya dlm bekas..Mie guna borcam 4 segi. Ngam ngam sui je..(>__<)
2.Letakkan cream tiramisu..Ratakan.
3.Ayakkan cocoa powder.
4.Ulang lg proses 1 hingga 3.
5.Mie dpt 3 lapis ladyfingger n 3 lapis cream tiramisu.
6.Last skali..taburkan walnut.
7.Sejukkan dlm peti ais beberapa jam.


Cuci mata tngk gmbr..
Semasa melapis..

Siap melapis dh..
Pandangan sisi my tiramisu..hehe..
Setelah ditaburi walnut..hehe..
Sepotong tiramisu sedia utk di ngap..hehe..

1 Borcam ni dpt 16 potong. Agak besar juga. Mie happy n nk buat lg Tiramisu ni sbb ayah suka sngt. Dia mkn 2 potong sekali jalan. Kejap2 dia tny..kek ngah ada lg x..? Tp kiteorg kwl2 juga. Ayah tu bkn bole mkn manis2 sngt.

X sabar nk buat Tiramisu lg. Rmi yg belum rasa. Abg Pp n K. Aza lom rasa. Bie pun lom rasa.

Girls Day Out..

Wah..tajuk..mcm syok je kan.. Sebenarnya x de ape pun. Jumaat lepas..waktu rehat tgh hari Mie bwk adik g BP Mall. Dia bnyk tolong Mie sepanjang minggu lepas. Ada la belanja2 skit pastu lunch kat pizza hut. Saja nk try pizza yg bnyk cheese tu. Sblm Bie g Indon, kami g mkn pizza jgk tp pizza cheezy tu dh abis..so ngadap hawaian suprime je.

Owh..kat Pasific Mie ada beli balang cun. Tp x amik gmbr lg. 3 biji Mie beli. Nk buat isi tepung segala bagai. Letak bekas plastik x cun la. Rasa kena g beli la la. X cukup. Tepung gandum, superfine, koko n yg terbaru tepung roti, mmg sentiasa ada kat rmh Mie. Tepung roti tu Mie pki skit je. Utk buat Cheese Cake. Nt free Mie amik gmbrnya k.

Wednesday, November 30, 2011

New Friends.. Best..!! & Bie ke Indonesia..

First time baca Novel Sejarah Islam hasil karya Abdul Latip Talib.. oh no...i'm falling in love.. seolah2 penulis ni benar2 berada pada masa tu. Dapat bayangkan x betapa tingginya daya imaginasi si penulis.. Sngt hebat..

Ni buku yg Mie beli masa Ust. Hushim Salleh dtg beri ceramah (16/11/11)..

Ni pula Mie beli kat perta "Obses Pada Buku" kat Mydin Melaka (20/11/11)..
Beli novel Khalifah2 yg Benar tu, pastu dpt novel Namun Ku Punya Hati FREE..!! Wah..double happiness...

27hb Nov lepas Bie bertolak ke Jakarta. Transit, tukar kpl terbang Garuda Airline ke Balik Papan, kalimantan. Jauh juga..4 jam dlm flight. Bie ada conference. Mie doakan Bie berjaya. Slmt pergi juga slmt kembali.
Sempat bergambar..kat yard TNB. Tunggu semua staff yg terlibat berkumpul.
Sian mummy n Iman nk kena tinggal..huhu..
Bak cium Iman puas2..tp Imannya selamba je mkn buah jambu air..hehe..

Amik gmbr sblm kuar dr rmh..

6hb Dis nt baru Bie balik. 10 hari jugak Bie pegi. Mie kat sini ok je. Mcm biasa la.
Diam2 buat kerja sendiri. Nk calling2 dear friends takut mengganggu pl. So..the best way..bc all my new friends.. Syok abis..

Mlm td boring2 Mie buat cheese cake. ada 4 buku cream cheese kat peti ais tu. Alamak..tngk pd rupa mcm x jd..haha..

Cerita pd kwn Mie..dia sibuk nk plk kek tu. Mie kate..ok la.. Mie kasi je sebiji tu. Dpt je kek kat tangan dia..dia amik sudu rasa. Terus capai handbeg..kasi Mie RM50..tesedak Mie dibuatnya. Begaduh2 x nk amik duit. Dia tinggal je kat meja Mie. Mie mengganggap..ni semua kerja Allah. Allah yg menggerakkan dia utk kasi Mie duit tu. Segan Mie nk amik..tp suka juga..duit oi..sape x suka..hehe. Mie berazam nk buat kek lain utk dia. Nt la Mie plan bebaik.

Mlm ni Mie nk buat lg cheese cake..utk morning coffee jabatan. Harap2 menjadi dgn jayanya. Wish Mie a luck guys..

Wednesday, November 16, 2011

Happy Birthday Akim & Fira

Tempahan dr jiran sebelah. Mie pakai resepi Brownies Kak Hanieliza.Mudah, cepat & sedap. Hope Akim & Fira love it.

Owh..mengikut kate ayahnya..birthday Akim pd 13 Nov, manakala Fira plk 14 Nov. Sebelah2. Bestkan..? boleh sambut saing.



p/s to Akim & Fira.. Mlm nt ajak ayah n ibu g potong kek kat KFC. (^__^)

Tuesday, November 15, 2011

Aidil Adha '11

Gambar raya x sempat amik..sbb..bila kat rmh mama mmg Mie yg akan handle dapur. Raya Aidil Adha ni pun ayah tempah Nasi Briyani. Tp rasa free plk bila x buat pape.. So last minit Mie nk buat ketupat n ayam kurma. Wah..melompat semua kena kerah anyam ketu..hehe..

Sabtu ptg tu br start rebus ketu. Mlm dlm 9 lbh tu siap dh. Ayam kurma plk..masak seekor je. Sbb ayamnya besar. Lg pun esok ada Nasi Briyani..takut membazir x termakan.

Pas Isyak..Iman dh tidur..br Mie start masak. Resepinya InsyaAllah lain kali Mie update k.

Pagi raya tu Mie siap2kan menghidang. Goreng sayo kacang panjang sikit. Cheese Cake..harus lah.. dh bynk kali Bie request. Beriya2 semua mkn.. betul2 menternak..hehe.. Mie lak mkn terkemut2. Bukan x sedap..tp hati gundah gulana memikirkan bentuk badan yg semakin men'comel'..(T___T). Owh..tidak ketinggalan Apam Dot Dot yg Mie tempah dr Liza. Ciut miut gitu.. jd penyeri..


Gmbr x cantik la.. Hias2 bagai lom sempat amik gmbr diaorg dh ceduk.. Tp x pe..Mie puas hati tngk seluruh family mkn bertambah2.

Lepas semua dh kenyang br Nasi Briyani sampai. Haha..sambung mkn lg..tp x dan nk amik gmbr dh sbb Mie nk focus makan. Bagi can pengurus dapur duduk plk.

Wednesday, November 2, 2011

Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream

Asal : Kak Wan
Melalui :Kak Ita Masam Manis

Terima kasih sngt2. Sbb Mie mmg cari info ttg 2 item ni. Knp brand ni rasa manis..brand ni pulak tawar.. bila dipukul..yg ni gebu..yg ni x gebu.. ada yg kate same..ada yg kate x same. Skrng Mie betul2 faham ni puas hati.

Tq pd akak2 sekalian ya. Izinkan Mie kongsi disini (^__^)

Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan

Whipping Topping Cream / Fresh Cream / di panggil Non-Diary Whip Cream

Kandungan:
Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur :

Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan :
Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan :
Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran :
Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.
Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan.

UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

Kandungan :
Pepejal susu
Tekstur :
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan :
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan :
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran :
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature

(^__^)

Monday, October 31, 2011

French Toast with Cheese n Tomato


Nmpk x cheese yg melted tu..aduhai..sedapnya..
Ni lg 1 makanan kegemaran Iman. Bnyk kali juga buat utk bekal Sarapan Iman. Simple, cepat & sedap. Resepinya ringkas je..

Utk 1 set.

Bahan2nya :
2 keping roti

Dalamnya:
1 keping cheese
1/4 biji tomato dicincang


bahan utk celup roti - whisk:
1 butir telur
1 sudu kecil tepung goreng ayam
sedikit garam
sedikit daun sup
seasoning sos (optional)
black papper (optional)

1 sudu kecil minyak zaitun utk menggoreng.

Cara2nya:
1. Lapiskan roti dgn cheese + tomato.
2. Potong roti kpd 4 bhgn, bentuk segitiga.
3. Celupkan roti dlm telur.
4. Ratakan minyak zaitun dlm kuali, gorengkan roti yg dicelur td.
5. Sedia utk dihidangkan.

Simplekan..?? & berkhasiat juga.
Biasa Mia buat 3 set. Iman 1 setengah set..Mie 1 setengah set..
Laju je Iman makan wlupun mulut dia sakit. Ish..x nk ingt dh. Syukur Alhamdulillah Iman dh ok.

Thursday, October 27, 2011

Happy Birthday Mama

Simple birthday cake utk mama. Buat yg sempat je. Ingtkan nk celebrate weekend ni..tp kena kerja pl..so..buat la semalam..

Jom tngk gmbr...
Brownies resepi Kak Hanieliza.. Siap deco kurang dr 20minit.

Sesi memotong kek..
Mama x nk potong kek selagi kedua dua cucunya x datang. Dr pkl 2 ptg tunggu mama potong. Sudahnya..plk 9mlm br potong..huhu..
Suap ayah..
Mie..
TNB Staff Gethering..huhu..
K. Aza..
Menyambut ketibaan Asam Pedas..(^__^)

Monday, October 24, 2011

Puding Roti dgn Oreo



Selamat dh se'borcam'... sekali jalan je.
Pada Mie mmg sedap la. Dh 3 kali buat dh. Baru ni berkesempatan amik gmbr n upload ke blog. Iman makan banyak mlm td. Pagi ni bawakan dia utk sarapan.
Bawakan juga utk Mak Uji. Kat rmh tinggalkan 4 potong je utk Bie. Kang balik kerje boleh juga di sejuk2kan tekak dgn puding roti + oreo dan segelas susu segar.. Sedap...!!

Resepi same je dgn yg lama. Bnyk kali try linkkan..x boleh..kenapa ya..?
X pe..Mie taip lg sekali..


Puding Roti dgn Oreo

Bahan2nya:

Bahan utama:
8 keping roti
500ml susu segar
......direndam selama 30 minit

Bahan whisk:
2 sudu besar butter
3 sudu besar gula
2 butir telur
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil essen vanilla
......whisk together smpai sebati


Bahan aksesori:
3 sudu besar kismis (Mie guna 1 kotak kismis lego)
3 sudu besar chocolate chip
1 pack biskut oreo

Cara2nya:
1. Campurkan bahan whisk dgn bahan utama.
2. Kemudian masukkan bahan aksesori kecuali biskut oreo. Kaup balik biar rata.
3. Griskan Borcam. Cedukkan adunan roti td, biat 1 lapisan. Ratakan.
4. Lapiskan dgn biskut oreo. X perlu buang creamnya. Susunkan.
5. Tutup dgn lebihan adunan roti td.
6. Bakar pd suhu 180drjh celcius selama 35~40 minit. Ikut oven masing2.

Mie x hidangkan dgn sos custard sbb dh sedap dh..tp klu rajin..ape salahnya..godak la kejap..

Iman mkn siap bunyi.. Nyum..nyum..kate dia.. hehe..

Daging Cincang Goreng Black Pepper


Ni kategori menu org bujang..hehe..
Panggil menu org bujang tu sbb resepinya yg simple n cpt utk disediakan.. resepi campak2 org panggil.

Jom check resepi..

Daging Cincang Goreng Black Pepper
Bahan2nya :

Bahan tumis :
Minyak utk menumis
2 biji bawang besar - dimayang
3~ 4 ulas bawang putih - dimayang
2 batang cili hijau - dihiris
5 batang cili padi - dihiris
1 inci halia - dihiris
1/2 sudu kecil ketumbar/jintan (siap disangai dan ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (siap di tumbuk kasar)
1/2 sudu kecil rempah sup Adabi

Bahan utama:
1 keping daging cincang jenama Ramli (digoreng dgn sedikit minyak + sedikit hirisan halia)

Bahan perasa:
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos pekat (terlupa nk letak..biasanya Mie akan letak)
sedikit seasoning sos megi
sedikit garam

Bahan aksesori:
3 biji tomato
1/2 batang carrot
sedikit brocoli (x letak sbb x de)
capsicum (x letak sbb x de)

Cara2nya:
1. Tumiskan bahan2 penumis sehingga garing / naik bau.
2. Manuskkan daging + Bahan perasa. Goreng seketika.
3. Kemudian masukkan bahan aksesori.Goreng seketika.
4. Sedia dihidang.. X cukup nasi sepinggan.. hehe..(>__<)

Selamat mencuba...!!

Iman Dgn Payungnya..

Ha..sudah..dia nk main payung pulak..
Dek risau dia bawa payung besar kehulu kehilir..terpaksa la Mie beli payung comel utk Iman. Punya la suka..sampai nk minum susu pun bawah payung.. Layankan je la.. huhu..



Masa ni Bie ke KL seminggu..tu yg toto Iman berlapik kain plekat Bie. Kdng buat alas..kdng buat selimut.. Dia x tanya @ cari Bak dia..tp dia nampak slow skit. Rindu agaknya..cuma belum pandai nk bagitau kite je.. Hujung bulan ni Bie x jd ke Yokohama..tukar ke Jakarta pula seminggu.. masih berkira2 nk ikut ke x.. Rasa mcm x nk ikut..sbb Jakarta je. Klu Yokohama..x offer pun Mie melenting ikut..huhu..

New Gift from Ayah..

Tq ayah..Best sngt guna gadget baru ni..
Selangkah mendekati Allah..



Hadiah dr ayah & mama sume mahal2.. Mie masih belum mampu nk beri hadiah mahal pd ayah & mama.. Hope Allah murahkan rezeki Mie n beri Mie kesempatan utk beri hadiah yg mahal pada mereka..


Love your gift..
& Love you both a lot..

Aduhai Durian..

Mie mmg hantu durian..x sangka Iman pun hantu jgk.. Boleh sep skit..hehe..
Buktinya..ce tngk gmbr ni..



Ha..kan.. I tell you.. Iman pun hantu durian..(^__^)

Thursday, October 13, 2011

Brownies 4 Morning Coffee

Bake khas utk Morning Coffee + birthday celebration staf office. Memula buat sebiji je browniesnya..tp rasa mcm x cukup pl. So Mie buat lg satu adunan masuk dlm aluminium foil. Buat backup klu2 x cukup.. Ni la hasilnya..



Buat yg termampu je la.. Tulisan Mie buruk..malunya..huhu.. kena praktis lg..(^__^)
Resipi mcm biasa..klik sini..

Tuesday, October 4, 2011

Iman Yg Kian Membesar..

Permata hati yg hanya tahu menangis kini sudah semakin membesar..
Dia mula tau apa yg dia inginkan..

Last week Mie ke care4.. iman nmpak kuda mainan..terus la dia menuju ke situ..hulur tngk pd Bak utk minta coin. Bak la rajin melayan. happy sungguh Iman bila kuda tu bergerak. Mie ada juga minta Bie bawa kami ke Genting Highland. Iman kan dh pandai main.. InsyaAllah..katenya.. (^__^)

Dari kuda..tukar naik train pulak..

Petangnya..kat rmh Iman dok la mengadap aquarium Bak. Belek2 lobster, bersihkan cermin aquarium. Gelihati juga tngk..kdng2 dia meradang sbb magnetnya melekat kuat sngt..hehe..



Cpt besar k..nt boring2 kite baking same2..(^__^)

EL..hasilnya..Kek Batik


Cemane tu..? hehe.. Jumaat lepas Mie EL sbb beteri kreta kong. Maklum la..dh 2 tahun. Dahtu Bie plk outstation kat Tanjung Leman. Dgn http://www.blogger.com/img/blank.gifhujan dgn Imannya menangis nk dukung. Wah..haru betul la.. So Mie deside amik EL je. X mo tension2.

Tu yg dok buat kek batik tu. Bahan mmg dh ada. Mcm ingt2 x ingt je resipinya tu. Msg Liza suh dia smskan ape yg patut. Hehe..cepat je dia balas. Mie ingt ptg2 ke die reply.

Resipini amik kat rmh Hana


Sedap..lembut..tp Mie rasa Mie punya hasil ni x secantik Kak Hana punya.. Diaorg ni dh pro..mana mungkin sama dgn tngn Mie yg baru je nk blajar ke dapur ni..(^__^).
Tp x pe..dh slmt dh pun bendanya.. hehe..