Wednesday, November 30, 2011

New Friends.. Best..!! & Bie ke Indonesia..

First time baca Novel Sejarah Islam hasil karya Abdul Latip Talib.. oh no...i'm falling in love.. seolah2 penulis ni benar2 berada pada masa tu. Dapat bayangkan x betapa tingginya daya imaginasi si penulis.. Sngt hebat..

Ni buku yg Mie beli masa Ust. Hushim Salleh dtg beri ceramah (16/11/11)..

Ni pula Mie beli kat perta "Obses Pada Buku" kat Mydin Melaka (20/11/11)..
Beli novel Khalifah2 yg Benar tu, pastu dpt novel Namun Ku Punya Hati FREE..!! Wah..double happiness...

27hb Nov lepas Bie bertolak ke Jakarta. Transit, tukar kpl terbang Garuda Airline ke Balik Papan, kalimantan. Jauh juga..4 jam dlm flight. Bie ada conference. Mie doakan Bie berjaya. Slmt pergi juga slmt kembali.
Sempat bergambar..kat yard TNB. Tunggu semua staff yg terlibat berkumpul.
Sian mummy n Iman nk kena tinggal..huhu..
Bak cium Iman puas2..tp Imannya selamba je mkn buah jambu air..hehe..

Amik gmbr sblm kuar dr rmh..

6hb Dis nt baru Bie balik. 10 hari jugak Bie pegi. Mie kat sini ok je. Mcm biasa la.
Diam2 buat kerja sendiri. Nk calling2 dear friends takut mengganggu pl. So..the best way..bc all my new friends.. Syok abis..

Mlm td boring2 Mie buat cheese cake. ada 4 buku cream cheese kat peti ais tu. Alamak..tngk pd rupa mcm x jd..haha..

Cerita pd kwn Mie..dia sibuk nk plk kek tu. Mie kate..ok la.. Mie kasi je sebiji tu. Dpt je kek kat tangan dia..dia amik sudu rasa. Terus capai handbeg..kasi Mie RM50..tesedak Mie dibuatnya. Begaduh2 x nk amik duit. Dia tinggal je kat meja Mie. Mie mengganggap..ni semua kerja Allah. Allah yg menggerakkan dia utk kasi Mie duit tu. Segan Mie nk amik..tp suka juga..duit oi..sape x suka..hehe. Mie berazam nk buat kek lain utk dia. Nt la Mie plan bebaik.

Mlm ni Mie nk buat lg cheese cake..utk morning coffee jabatan. Harap2 menjadi dgn jayanya. Wish Mie a luck guys..

Wednesday, November 16, 2011

Happy Birthday Akim & Fira

Tempahan dr jiran sebelah. Mie pakai resepi Brownies Kak Hanieliza.Mudah, cepat & sedap. Hope Akim & Fira love it.

Owh..mengikut kate ayahnya..birthday Akim pd 13 Nov, manakala Fira plk 14 Nov. Sebelah2. Bestkan..? boleh sambut saing.



p/s to Akim & Fira.. Mlm nt ajak ayah n ibu g potong kek kat KFC. (^__^)

Tuesday, November 15, 2011

Aidil Adha '11

Gambar raya x sempat amik..sbb..bila kat rmh mama mmg Mie yg akan handle dapur. Raya Aidil Adha ni pun ayah tempah Nasi Briyani. Tp rasa free plk bila x buat pape.. So last minit Mie nk buat ketupat n ayam kurma. Wah..melompat semua kena kerah anyam ketu..hehe..

Sabtu ptg tu br start rebus ketu. Mlm dlm 9 lbh tu siap dh. Ayam kurma plk..masak seekor je. Sbb ayamnya besar. Lg pun esok ada Nasi Briyani..takut membazir x termakan.

Pas Isyak..Iman dh tidur..br Mie start masak. Resepinya InsyaAllah lain kali Mie update k.

Pagi raya tu Mie siap2kan menghidang. Goreng sayo kacang panjang sikit. Cheese Cake..harus lah.. dh bynk kali Bie request. Beriya2 semua mkn.. betul2 menternak..hehe.. Mie lak mkn terkemut2. Bukan x sedap..tp hati gundah gulana memikirkan bentuk badan yg semakin men'comel'..(T___T). Owh..tidak ketinggalan Apam Dot Dot yg Mie tempah dr Liza. Ciut miut gitu.. jd penyeri..


Gmbr x cantik la.. Hias2 bagai lom sempat amik gmbr diaorg dh ceduk.. Tp x pe..Mie puas hati tngk seluruh family mkn bertambah2.

Lepas semua dh kenyang br Nasi Briyani sampai. Haha..sambung mkn lg..tp x dan nk amik gmbr dh sbb Mie nk focus makan. Bagi can pengurus dapur duduk plk.

Wednesday, November 2, 2011

Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream

Asal : Kak Wan
Melalui :Kak Ita Masam Manis

Terima kasih sngt2. Sbb Mie mmg cari info ttg 2 item ni. Knp brand ni rasa manis..brand ni pulak tawar.. bila dipukul..yg ni gebu..yg ni x gebu.. ada yg kate same..ada yg kate x same. Skrng Mie betul2 faham ni puas hati.

Tq pd akak2 sekalian ya. Izinkan Mie kongsi disini (^__^)

Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan

Whipping Topping Cream / Fresh Cream / di panggil Non-Diary Whip Cream

Kandungan:
Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur :

Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan :
Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan :
Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran :
Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.
Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan.

UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

Kandungan :
Pepejal susu
Tekstur :
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan :
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan :
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran :
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature

(^__^)