Wednesday, November 9, 2016

Our 3rd Zahin ~ Muhammad Muqri Zahin


Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah.. 28 Julai yang lalu Mie telah pun selamat melahirkan anak ke 3 melalui kaedah pembedahan..
Doktor menjangkakan yg Mie boleh bersalin normal.. dah sakit2 kat labour room dah pun..
Atas sebab jantung baby drop setiap kali contraction datang, doktor buat keputusan drastik utk czer.
Mie terus je setuju.. sbb tak tahan sakit.. x sabar nk cucuk epidural..

Pengalaman bersalin kali ni adalah yang terbaik..
Dan atas sebab ni.. Mie menyimpan hasrat utk peroleh seorg lg cahaya mata..insyaAllah..

Mie dapat doktor yg sngt baik dan caring.
Terima kasih yang tak terhingga pada Dr. Sufian Hadi (Pantai BP).

Doktor Sufian sentiasa berinteraksi dgn Mie sepanjang proses pembedahan dan suasananya amat tenang. 
Dan yg buat Mie terharu, Doktor Sufian sendiri yang azankan baby Mie sebaik baby keluar dari perut. Bergema OT dgn suara azan doktor. 

Cuma kali ni Bie x dapat tengok Mie operate.. prosedur hospital.
Bie cuma dapat temankan masa dlm labour room dan juga iring Mie ke OT shj.

Doktor Sufian beritahu yang baby terlilit tali pusat di leher dan beberapa lilitan di kaki.
Mmg kita buat keputusan yg sngt tepat utk czer.

Ini la Muhammad Muqri Zahin.. 
2.8kg
28 Julai 2016
10.28 mlm

bnyk betul 28nya..




Selepas Muqri diazankan, nurse beri Mie tengok dia sekejap dan terus serahkan baby pada Dr Yau (pakar kanak2) untuk pantauan. 
Nafas Muqri agak laju.. Muqri diam je sepanjang dia dlm balang tu..
Selepas nafas Muqri stabil..lebih kurang 2 jam, baru la Muqri ditempatkan di nursery.



Muqri di hari pertama
Syukur sngt2..sbb Mie x mengalami sebarang kesakitan selepan operation. Rasa segar dan tak sabar nk mandi dan balik rumah.
Mie tidur wad pun 2 malam sahaja.


Muqri dan Bak
Hari kedua

Happy dia dpt balik rumah


Syukur semuanya selamat.. 
Kakak Iman dan BaQib happy sngt dgn kehadiran baby Muqri.





4 comments:

  1. alhamdulillah, tahniah kak..comel sgt baby..

    ReplyDelete
  2. tahniah!! comel sangat baby
    salam kenal..

    nanti jemputlah ke blog saya..

    ReplyDelete
  3. Dr Sufian tu baik kan...sy masih under treatment dgn dia .

    ReplyDelete