Wednesday, February 4, 2015

Doktor O&G

Assalamualaikum..
X tau knp tetiba je teringatkan 2 org doktor ni..
Prof Madya Dr Hj Ahmad Murad Zainuddin dan Dr Hj Md Luckmal Hakim Zubir

Kisah Iman dan Raqib..ada persamaan..
Tiap bulan pekse dgn Dr. Luckmal..
Tapi..tup tup bila bersalin..Dr. Murad yg sambut..

Yang Kakak Iman punya kisah..pagi lepas subuh tu Dr. Luckmal yg pekse..yg cucuk drip+ ubat bagai..
Siap ckp klu x bersalin juga sblm tgh hari..dia akan operate..
Pukul 11 lebih masa bersalin tu Dr. Murad lak yg sambut..
Tukar shift dah.. ke kebetulan Dr. Murad ada ke..ntah la..
Tapi pagi esoknya Dr. Luckmal yg melawat Mie kat wad..~~masa tu Mie tgh cuci muka..~~

Yang Raqib pula.. 12 hb Dr. Murad mmg tgh bertugas..
Pekse dgn dia..kena tahan n terus kena c-zer..

Owh..ya..masa Mie bleeding tu.. Mie buat rawatan dgn Dr. Murad..
maknanya 2 kali la Mie jumpa dia....(^___^)

Pada Mie..dua-dua pun bagus..cuma Mie pro Dr. Luckmal la..haha..
Sbb masa mengandung tetiap bulan jumpa dia..
Lebih banyak berkomunikasi dgn dia..
Mie naik banyak kg pun dia ketawa je.. hee..

Selalu je terserempak dgn dktr2 ni.. Pernah makan meja sebelah2 lagi..
Bie tegur siap bersalaman..
Malu..??!! hurm..mesti la..
tp Mie yakin..dktr2 ni profesional..x de niat lain selain nk bantu pesakit..
eh..pesakit ke..? erm..lebih kpd proses la..proses bersalin..

Nie Mie ada google gmbr diaorg..

erk..mcm adik bradik la Dr. Zainur ni dgn Dr. Murad.. kebetulan..
 Yg kopiah Hitam tu Dr. Murad.
Kopiah putih tu Dr. Luckmal.
Tengok je pun dh tau diaorg ni org baik-baik..
 
Sedikit kisah jawatan muda yang bersyukur...
Jutawan muda yang bersyukur....

Setelah bermusafir ratusan kilometer sehingga merentasi negeri Johor Darul Takzim, saya mengambil keputusan untuk berehat di sebuah rumah tumpangan di daerah tersebut kerana malam telah pun semakin larut.

Saya mengambil peluang yang ada untuk mencari masjid yang berdekatan pada waktu subuh keesokan harinya. Ditentukan Allah, saya dipertemukan dengan dua orang teman lama di masjid tersebut. 

Kami saling terkejut kerana bertemu di masjid daerah itu di waktu subuh sememangnya di luar daripada jangkaan kami yang telah lama tidak bertemu.

Dr Ahmad Murad Zainuddin dan Dr Md Luckmal Hakim Zubir adalah merupakan di antara tokoh muda Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi yang berjaya di Johor. Walau pun tidak pernah menceritakan pendapatan sebenar mereka yang memiliki pusat perubatan pakar di kluang ini, jadual bekerja mereka menceritakan kejayaan mereka. Dengan anggaran pendapatan di antara RM 2-5 k sehari, mereka hanya perlu bekerja bergilir-gilir seminggu sekali (seminggu kerja dan seminggu lagi cuti - untuk keluarga, khidmat masyarakat dll).

Setiap hari mereka akan memulakan rutin hidup mereka dengan ke masjid untuk mengerjakan subuh secara berjamaah, menyertai kuliah-kuliah pengajian, berinteraksi dengan khidmat masyarakat dan sebagainya.

Teringat satu ketika pada tahun 2012 yang lalu sebelum saya berangkat untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, salah seorang daripada mereka telah memandu untuk berjumpa saya di Seremban serta menghantar sekeping cek untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Syabas dan tahniah sahabatku....

 Ni pula Mie link kan artikal yg ditulis ol Dr. Murad.
Sebenarnya banyak lagi..ada juga Mie terbaca artikel dia kat majalah Rapi.

Mie harap2 hospital mini diaorg bertambah maju..bertambah besar.. bertambah selesa
Dan..ada doktor perempuan.. ramai doktor pakar perempuan..
Amin amin amin..

No comments:

Post a Comment