Tuesday, April 2, 2013

Amalan Memasuki Rumah Baru

Salam ceria utk semua..

Selepas beberapa hari..Mie kembali bersemangat.. x mo sedih2 dh..
Come on Mie.. sedih hanya membuatkan kamu semakin lemah..

Bila direnungkan kembali.. 1 dugaan sahaja yg Mie terima, berbanding kegembiraan yg Allah kurniakan utk kami sekeluarga..

Ermmm..Kami dh dpt kunci rumah..
Alhamdulillah..
In shaa Allah by next month dh boleh masuk..
Bie pun dh start buat wiring.. every day Bie akan update progress. Mie beri sokongan je.. puji la skit.. hehe.. penat kan dok panjat2 tarik cable bagai..(^__^)V

Bie pasang down light.. Mie x berkenan sebenarnya..mcm kat office je.. tp x pe la.. as long as Bie happy..Mie pun happy.. saje la Mie dok ngusik.."mata 'org tua' mmg gitu..kena pasang lampu terang2"..hehe..
Saje provok..mane la tau kot terbuka hati nk masang candelier.. Mie suka lampu romantik2..

Nk masuk gmbr segan.. bersepah lg.. nt2 la k..

Ni Mie attachkan Amalan Memasuki Rumah Baru utk panduan bersama..





Azan 
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan  itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.


Baca Surah Al-Baqarah 
 Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."


Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran 
 Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang  bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)


Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 
 Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak  7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

No comments:

Post a Comment