Tuesday, March 2, 2010

Kapal Terbang Kawalan Jauh sebagai sebab..

Semalam ayah msg..kate kawan dia 'Pak Mus' meninggal..
Mie terus call Bie.."Abg..ayah kate Pak Mus meninggal"
Bie.."Ha'a..kena langgar kapal terbang"
Mie.."Biar betul..??!! bila lak kat tempat kite ada kapal terbang terhempas??"
Bie.."katebang control. Yg pakai minyak tu.."
Mie.."Laa..em..dh sampai ajal dia bang.."

Allayarham Pak Mus ni merupakan seorg ahli perniagaan syarikat kejuruteraan yg agak besar dan maju. Slalu la dpt tender TNB. Tu yg ayah kenal die. Abg Pipi n Bie pernah berkhidmat dgn dia dulu. Abg Pipi bahagian ofis. Bie pulak dia hantar ke Power Plant Tanjung Bin, Pontian.

Harini masuk paper. Berita Harian ada..Metro pun ada..
Semoga roh Pak Mus dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org-org yg beriman..Amin..

Monday, March 1, 2010

Dari SK Kluang Barat Ke SK Perempuan Bandar


Tengah hari tadi mama call..
"Mama kena pindah sekolah..kat Sekolah Perempuan Bandar.. Guru Besar sana kawan mama.. Bestnye.."

"La..ye ke..?? nanti adik macam mane??"

"Dia dh mengaruk dah x kasi mama pindah. Macam biasa la..minta tolong mak pah hantarkan dia g sekolah"

"O..ok..so kira x de problem la kn.. Selamat berpindah ke sekolah baru !!"

Majlis Aqiqah & Potong Jambul Nur Firzana Insyirah


Hari Sabtu lepas..Abg Pipi selamat melangsungkan majlis Aqiqah & potong jambul utk Shira. Warna tema merah jambu..sweet je..

Kiteorg 1 family makan kambing..hehe..dalam hati cakap..

"hari ni makan kambing, esok nk g check doktor..klu darah naik..abis la.."
Tapi bila g klinik..alhamdulillah..ok je..

Rambut Shira dh dicukur abis. Abg Pipi kate nk cepat2 bawak g timbang. Tapi x tanya pulak sempat ke x. Hari ni dia n Kak Azza dh mula kerja.