Tuesday, February 24, 2015

Cuti CNY

Assalamualaikum..
Cuti CNY ni..kami  balik Yong Peng 1 malam je. Macam jauh sngt je YP tu kan.. hikhik..
Dapat la jumpa MIL, ipar duai  n anak2 sdara.
Mie x sempat nk buat apa2 yang special pun.

Owh ya.. sepanjang cuti 4 hari ni, 2X kami sekeluarga ke The Windmill Station.
Masakannya ok.. servis pun cepat.. tempat selesa.. harga pun sederhana..

Ni masa kali pertama pergi..lepas maghrib baru kluar dari rumah..
Tempuh jem bagai..maklumla..esoknya nk raya cina..
Risau juga klu2 TWS penuh..
Tapi Alhamdulillah.. x penuh pun.. masih banyak meja kosong..

Iman buat iklan Qu Puteh..sabo je la..

Untuk Iman & Enchem ..Nasi Goreng Nenas + Fillet Ikan

Bie..Nasi Goreng Nenas + Lamb

Mie..Nasi Goreng Cili Padi..
 Dia punya pedas.. mak ai..
Mie campurkan nasi goreng Mie dgn nasi goreng Bie.. baru balance skit..

Hari Ahad..Kami ke TWS lg skali..
Bie nmpk letih..tapi gagahkan juga la melayan kami sebelum bertolak ke ILSAS.
kali ni mcm kerap pula Bie ke ILSAS.. Selang seminggu..

Bie masih dengan menu yang sama..
Menu pilihan Kakak Iman... Spagetti + Grill Chicken with mushroom Sauce..
Enchem syer dgn kakak.. berselera sungguh..
Dah besarkan..x main la org suapkan..huhu..
Penuh mulut..
Iman offer Bak..nk syer tak..?
 Asyik makan spagetti bolognise je..lepas ni kita tukar..
Senang je buatnya ni.. nanti Mommy masakkan k..
Tambah brocoli n carrot bagai.. baru la best..

Mie punya..Nasi Goreng Tomyam
Malamnya tu kami makan kat rumah je.. Abg Ngah kasi udang galah..
Terlupa pula nk snap gambar.. dh kenyang makan baru teringat..
Ni je la yang tinggal..
 
 Semalam hari pertama naik kerja.. Dak dua org ni makan burger je..
Hee..Mommy malas nk kecah2 dapur..
Tengok..dah besar kan..? nk makan sendiri..

Kakak Iman batuk2.. teruk juga.. kesian dia..

Ok la.. tu je untuk kali ni..
Daa..

Wednesday, February 11, 2015

Assalamualaikum..
Wat gapo..? hee..
Jemput sarapan ya semua.. Hot Dog + scramble egg..
Ni la juga sarapan utk Kakak Iman di rumah..
Tapi dia makan sosej n telur je.. roti2 x brape nk jalan..
Scramble egg tu tergaring pulak.. bukan buat ape pun..masukkan kain dlm washing mechine je..
Iman lebih suka sarapan berkuah.. 
Sebelum ni buat Roti John, pun x laku.. Iman makan 2 gigit je kot..
tapi Bie pula yg suka..licin dia makan.. hehe..
Bekal ke office

Minggu ni budak berdua tu tidur awal..
Kakak Iman buat homework sambil merengek..
6 page je.. tp dh cukup berat bagi kanak2 seusia Iman.
Nk marah kang..takut dia hilang mood pula..
"Eh eh.. ni syaitan bergayut kat mata kakak ni.. sbb tu kakak mengantuk..moody je.. 
cuba kakak berzikir..nt syaitan lari.."
Sudahnya..Iman sambil buat homework sambil berzikir..
Geli hati pula tengoknya..

Ni masa g makan ikan bakar kat Serkam, Melaka..
Masa ni Bie outstation..Mie dgn anak2 n Ayah je.. berempat..
Adik ngantuk..x de  mood..dok dlm stroller je..
Bila dh dpt mainan..terus segar.. hehe..

Tengok tu..saje je nk kenakan kipas tu kat muka Mami..
 K la.. tu je.. Da..

Wednesday, February 4, 2015

Baking Class bersama Kak Norie Amy, My Ice Cream Cake & etc

Assalamualaikum..
Baking Class bersama Kak Norie Amy
 Edisi melepas gian.. lame dah Mie x g baking class..
Kali ni heret Kak Aza..hehe..
ajak teman.. mujur masa tu dia x kerja..

Nepolitan Ice Cream Cake

Nuttela Marble Cake

Mango Delight

 Summer Cheese Cake

My Ice Cream Cake
Ni pula hasil air tangan Mie..dh belajar kena la try..ye tak..
Licin.. makan dgn jiran2 kat playground depan rumah..

Ni lak makan malam kami aritu... 
togel je.. sbb tetiba Bie kata ada tahlil kat surau..ada org kampung meninggal..
kelam kabut la masak.. x sempat buat black papper sauce pun.. cicah sos cili + mayo je..

Ni pula sarapan kami pagi tadi..
Premium English Sosej + Hash Brown dengan buah-buahan..
X sangka Strawberry Korea ni manis.. boleh beli lagi..

 k la.. tu je.. x de mood nk menulis.. x brape sihat..
Da..

Doktor O&G

Assalamualaikum..
X tau knp tetiba je teringatkan 2 org doktor ni..
Prof Madya Dr Hj Ahmad Murad Zainuddin dan Dr Hj Md Luckmal Hakim Zubir

Kisah Iman dan Raqib..ada persamaan..
Tiap bulan pekse dgn Dr. Luckmal..
Tapi..tup tup bila bersalin..Dr. Murad yg sambut..

Yang Kakak Iman punya kisah..pagi lepas subuh tu Dr. Luckmal yg pekse..yg cucuk drip+ ubat bagai..
Siap ckp klu x bersalin juga sblm tgh hari..dia akan operate..
Pukul 11 lebih masa bersalin tu Dr. Murad lak yg sambut..
Tukar shift dah.. ke kebetulan Dr. Murad ada ke..ntah la..
Tapi pagi esoknya Dr. Luckmal yg melawat Mie kat wad..~~masa tu Mie tgh cuci muka..~~

Yang Raqib pula.. 12 hb Dr. Murad mmg tgh bertugas..
Pekse dgn dia..kena tahan n terus kena c-zer..

Owh..ya..masa Mie bleeding tu.. Mie buat rawatan dgn Dr. Murad..
maknanya 2 kali la Mie jumpa dia....(^___^)

Pada Mie..dua-dua pun bagus..cuma Mie pro Dr. Luckmal la..haha..
Sbb masa mengandung tetiap bulan jumpa dia..
Lebih banyak berkomunikasi dgn dia..
Mie naik banyak kg pun dia ketawa je.. hee..

Selalu je terserempak dgn dktr2 ni.. Pernah makan meja sebelah2 lagi..
Bie tegur siap bersalaman..
Malu..??!! hurm..mesti la..
tp Mie yakin..dktr2 ni profesional..x de niat lain selain nk bantu pesakit..
eh..pesakit ke..? erm..lebih kpd proses la..proses bersalin..

Nie Mie ada google gmbr diaorg..

erk..mcm adik bradik la Dr. Zainur ni dgn Dr. Murad.. kebetulan..
 Yg kopiah Hitam tu Dr. Murad.
Kopiah putih tu Dr. Luckmal.
Tengok je pun dh tau diaorg ni org baik-baik..
 
Sedikit kisah jawatan muda yang bersyukur...
Jutawan muda yang bersyukur....

Setelah bermusafir ratusan kilometer sehingga merentasi negeri Johor Darul Takzim, saya mengambil keputusan untuk berehat di sebuah rumah tumpangan di daerah tersebut kerana malam telah pun semakin larut.

Saya mengambil peluang yang ada untuk mencari masjid yang berdekatan pada waktu subuh keesokan harinya. Ditentukan Allah, saya dipertemukan dengan dua orang teman lama di masjid tersebut. 

Kami saling terkejut kerana bertemu di masjid daerah itu di waktu subuh sememangnya di luar daripada jangkaan kami yang telah lama tidak bertemu.

Dr Ahmad Murad Zainuddin dan Dr Md Luckmal Hakim Zubir adalah merupakan di antara tokoh muda Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi yang berjaya di Johor. Walau pun tidak pernah menceritakan pendapatan sebenar mereka yang memiliki pusat perubatan pakar di kluang ini, jadual bekerja mereka menceritakan kejayaan mereka. Dengan anggaran pendapatan di antara RM 2-5 k sehari, mereka hanya perlu bekerja bergilir-gilir seminggu sekali (seminggu kerja dan seminggu lagi cuti - untuk keluarga, khidmat masyarakat dll).

Setiap hari mereka akan memulakan rutin hidup mereka dengan ke masjid untuk mengerjakan subuh secara berjamaah, menyertai kuliah-kuliah pengajian, berinteraksi dengan khidmat masyarakat dan sebagainya.

Teringat satu ketika pada tahun 2012 yang lalu sebelum saya berangkat untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, salah seorang daripada mereka telah memandu untuk berjumpa saya di Seremban serta menghantar sekeping cek untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Syabas dan tahniah sahabatku....

 Ni pula Mie link kan artikal yg ditulis ol Dr. Murad.
Sebenarnya banyak lagi..ada juga Mie terbaca artikel dia kat majalah Rapi.

Mie harap2 hospital mini diaorg bertambah maju..bertambah besar.. bertambah selesa
Dan..ada doktor perempuan.. ramai doktor pakar perempuan..
Amin amin amin..